Tadi rasa macam nak makan French Toast. Lagi² hujan² ni, terbayang² melted butter dan peanut butter yang sedaaap tu. Mula² ingat nak pergi Old Town Bandar Puteri sebab dekat situ French Toast dia sedaaap gila! Aku rasa sebab banyak kopitiam kot dekat situ jadi harus lah kau sedap² kann?
Tapi Bandar Puteri tu entah bilanya tak jam jadi Iwan telah ingin pergi Bangi. Ok jadi pergi lah Bangi nak pergi Old Town. Sekaali nampak Wong Solo! Teruuus tak jadi makan French Toast. Hehehe. I didn't put any high expectation even though I know load of people talking about Wong Solo tapii sekali mana lah tau yang dekat Bangi tak best pulak kan. Jadi tamau nanti kecewa.
Aku pun order Set Ayam Bakar dan Iwan telah mengoder Ayam Penyet.
Ok jadi bila makan tiba² teringat kisah perantauan warga Malaysia yang lapar dekat Bandung haritu. Mari sini aku cerita.
We arrived at badung malam. Dalam pukul 8 ke 9 ke macam tu lah. I mean malam tapi tak lah lewat sangat. jadi semua pun lapar. Despite emak yang sangat freak out takut takde makanan dan membawa Brahim berpaket², aku paksaaa jugak semua orang keluar makan. Dah tak sabar dah ni nak rasa makanan Indo. Hehehe. We decided to just stroll along the road (walaupun nak melintas mak aih scary nya!) while looking for place to eat. Unfortunately we were so tired, tidak tahu jalan sama tak sure lagi mana nak makan. Ye lah, halal ke tak halal ke apa ke. And some more not many kedai yang masih bukak.
Comot dan lapaar.
Jadi jalann punya jalaaan, we saw this kedai that have halal sign on the shopfront. Mak pun teruslah yakin dan memilih untuk makan. Kedai nya adalah macam gerai² tepi jalan macam tu lah. Nothing fancy what so ever. Jadi masuk lah orang² yang lapar itu. Upon entering, we could see the lauk being display and oh boy let me tell you, yang aku boleh recognize ialah ayam goreng dan belut kecik² je. Yang lain sumpah aku tak recognize. Hehe.
So all of us ordered ayam goreng+nasi. Ok sekarang mau order air pula. Di siniiiiiiii lah masalahnya. Boleh tak dia macam blurr² je aku order air. Macam² air la aku order macam takde lah apa lahh. Dah la takde ais ye. Tapi aku macam oh ok lah takde ais pun takpe. Bagi je la air apa² pun.
Awek tu kata ada air teh je. Aku pon order lah teh kosong. Sekali memangg betul2 kosong okk. Teh sama air. Tawar habiss. Daaan panas! Lepas tu kan nasi dia sama ayam goreng samaaa sebijik macam ayam penyet cuma minus tempe and all that lah.. Tapi sambal tu memang dia bagi sekali.. Sambal dia wahhhhhhh pedaas gilaaaa! Tapi sedap sangat2. Ayam goreng pun sedaap. Tapi kau bayangkan lah berpeluh tak berpeluh aku makan. Kedai tu pun ala2 je kipas nya hidup segan mati tak mau.. dengan air teh tawar nya, dengan sambal pedas gila nya!
Tapi despite keadaan yang macam itu, liccinnnn jugak aku makan. Sedaap! Sedap sampai macam bila ayam dah habis rasa nak ratah sambal sama kicap lepas tu berpeluh sama gatal kepala. Haaa.
Jadi apalah kaitan Wong Solo dan kedai yang tiada ais ini? Kaitan nya ialah, the moment I taste the ayam bakar dekat Wong Solo, sambal and the kicap, it taste exactly like what I had in Bancung last time!! Like exactly!! cuma kedai di Bandung itu adalah lebih humble dan kicap pekat tu pun dalam botol plastik jee. Tapi kesedapan sambal dan kicap dan ayam nya adalah tiada tandingan. Jadi selepas ini apabila rindu Bandung, boleh pergi Wong Solo!
Source
:)